Monday, December 7, 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2011


SINOPSIS PENGISIAN PROGRAM
Program MASSA diharapkan dapat memberi peluang kepada anak-anak remja kita melakukan perubahan dalam diri dari yang tidak baik kepada yang baik dan dari yang baik kepada LEBIH BAIK.... InsyaAllah.


Modul 10 in 1....

Pengisian Kerohanian melalui MUHASABAH yang mantap mengenai liku kehidupan, bermula kehidupan sehingga zaman remaja dan seterusnya tanggungjawab mereka terhadap Penciptanya menjadi tunjang utama di dalam Modul-modul yang disusun

Pengisian Jasmani & Fizikal yang memenuhi keperluan tubuh menurut tuntutan syarak ditekankan bagi memastikan anak-anak kita memahami bahawa Agama dan akhlak tidak boleh terpisah di dalam memenuhi tuntutan fizikal & jasmani melalui program-program seperti : ' X-plorasi MASSA, Riadhah Fizikal & Mental, Kerusi Beracun, Sukaneka dan macam-macam lagi yang pasti memeriahkan lagi suasana pengisian ilmu melalui Jasmani & Fizikal

Ketrampilan Diri menekankan betapa penting diri dihargai dengan kurniaan Allah yang tidak terhingga antaranya....
i) Cara berpakaian dirumah,sekolah dan dimana-mana
mengikut kesesuaian Remaja muslim,
Menjaga aurat bersesuaian dengan tuntutan Illahi

ii) Cara berkomunikasi / bercakap dengan ibubapa, guru,
kawan-kawan dan sebagainya.
Cara bercakap yang dituntut oleh syarak,
cara bercakap di khalayak ramai,
cara menyampaikan di hadapan orang

Banyak lagi yang akan kami kupaskan bersama dalam modul ketrampilan diri...

Kemahiran Memimpin... memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan diri menjadi pemimpin dan berkeyakinan terhadap apa yang dimilikinya bagi memimpin rakan-rakan.

Kemahiran Berfikir... mencambahkan pemikiran dengan berfikir sebelum bertindak, mudah memaafkan dan menerima kemaafan di atas tindakan dan kesilapan.

Kawalan Perasaan...Tidak bertindak mengikut perasaan semata-mata... Kawalan hati, jiwa memberontak, tertekan.... kesemuanya akan di kongsi bersama peserta.

Di dalam kem ini juga, peserta akan dilatih agar tahu menguruskan diri, keluarga termasuklah modul & praktikal mengendalikan solat jenazah. Perkara ini penting untuk melahirkan anak soleh/solehah yang bukan setakat tahu mendoakan ibubapa mereka, tetapi mampu menguruskan kita setelah kita pergi tak kembali... InsyaAllah.

PENDEK KATA.....
MASSA ADALAH SATU PROGRAM YANG SANGAT SESUAI
UNTUK MELAHIRKAN
ANAK YANG MEMILIKI APA YANG KITA IDAMKAN.... SERTAILAH
INSYAALLAH... ANDA MAMPU MENGUBAHNYA


DAFTAR SEGERA!!!

**************************************
Pendaftaran boleh dibuat melalui pegawai ADNIN di talian berikut:

PN. HAFIZA : 013-933 0474
SDR FAZLI : 019-9710474

No comments:

Post a Comment