Tuesday, November 3, 2009

Program Kem Motivasi Anak Soleh DIS 2009



Kem Motivasi Anak Soleh


Pendaftaran perlulah di buat sebelum tarikh program bagi mengelakkan sebarang kesulitan selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh program.
MAKLUMAT PELAN KE TAPAK PROGRAM :


KEM RAUDHAH , GOMBAK


10km dari Masjid As-Syariff, melalui jalan ke muzium orang Asli.


Terbuka Untuk Semua Bangsa & Agama

Ibubapa dan adik-adik yang melawat laman blog ini, Cuti sekolah nanti jangan lupa menyertai program-program anjuran ADNIN.... Kepada adik-adik yang pernah menyertai program ADNIN mesti masih segar dan merindui celoteh Ustaz Akhwan dengan pelbagai perwatakan yang mengusik, menyentuh hati dan meruntun perasaan.

Kepada ibubapa peserta yang memberikan komen positif dan membangun terhadap program-program ADNIN yang telah dilalui oleh anak-anak tuan/puan,...Jangan lupa ... Bercuti dengan ADNIN di dalam program-program yang disediakan. InsyaAllah ianya lebih menarik.
Harapan setiap ibubapa, tidak mengira bangsa & agama mengharapkan anak yang baik, hebat dan cemerlang.


SYARAT PENYERTAAN :

Umur :
Kategori A : 7-12 tahun
( Bwh 7 tahun boleh dipertimbangkan )

Kategori B : 13-19 tahun
( Atas dari 19 tahun dipertimbangkan )


Nota : Memandangkan ada PERMINTAAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM ADNIN sepanjang cuti sekolah, Pihak Pengurusan ADNIN telah membuka peluang kepada ibubapa untuk memberikan nama dan maklumat peserta bermula sekarang.


KETERANGAN PENGISIAN

* SESEJUK MATA MEMANDANG
  • Memberi faham kepada peserta harapan setiap ibubapa di dalam doanya setiap hari bahawa mereka inginkan anak yang soleh dan tenang dilihat mata

* PRAKTIKAL SOLAT / RIADAH BERMODUL
  • Menerangkan kepada peserta tentang kewajipan solat. Kaedah dan cara yang betul dan sempurna. Penerangan mengenai kelebihan bagi yang melaksanakan solat dan keburukan bagi yang meninggalkannya.
*KENALI DIRI
  • Menilai potensi diri berkaitan dengan Rukun Solat, Rukun Iman, Islam serta huraian dan simbolik dengan setiap perkara yang kita lakukan seharian..
* ANAK SOLEH IMPIAN KELUARGA
  • Setiap ibubapa inginkan anak yang soleh, yang patuh kepada perintah Allah dan taat kepada ibubapanya. Ini kerana anak yang soleh adalah harta yang ditinggalkan sebagai bekalan untuk ibubapa di akhirat kelak..

* MUHASABAH DIRI
  • zikir munajat menginsafi kesilapan dan dosa-sosa yang dilakukan kepada Allah, ibubapa, sahabat dan diri sendiri. Mengharap perubahan dari kesedaran dan keinsafan yang ada dalam diri

*EKSPLORASI ALAM
  • Aktiviti berkumpulan. Mendidik peserta untuk menghargai setiap insan yang ada disekeliling mereka. Mendidik sifat sabar, bekerjasama, cekal dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat dan kejayaan.

* PETUA ANAK SOLEH PELAJAR CEMERLANG
  • memberi konsep kecemerlangan dan berkongsi petua-petua menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya. Anak yang soleh / solehah adalah anak yang bijak mengurus diri sendiri (berdikari) dan tidak mengharap kepada orang lain.
* MAJLIS TAUTAN KASIH
  • Majlis penutup bersama ibubapa. Slot muhasabah yang mampu memberi kesan kesedaran dan keinsafan kepada peserta dan ibubapa. Merasai tautan kasih antara ibubapa dan anak.

~~~~KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA~~~~

Peserta Lelaki : :
Baju harian (-shirt berkolar, kemeja ) sepanjang program, baju Melayu, songkok @ kopiah, baju sukan dan kasut sukan, buku catatan, alat tulis, bantal, selimut, peralatan mandian, ubat (jika ada sakit asma/lelah atau alahan).

Peralatan Yang Dilarang : :
Seluar jeans (tidak digalakkan), baju tanpa lengan, seluar pendek, t-shirt berlambang negatif, senjata tajam, handset (serah pada fasilitator), komik dan rokok.


Peserta Perempuan :
Baju harian untuk sepanjang program, baju kurung, baju sukan dan kasut sukan ( untuk riadah), t-shirt lengan panjang, tudung, stokin, buku catatan, bantal kecil, selimut, telekung solat, peralatan mandi, kain basahan dan ubat (jika sakit seperti alahan/ asma).).


Peralatan yang dilarang :
Baju lengan pendek, pakaian yang ketat dan nipis, telefon bimbit, komik, barang kemas, radio dan apa sahaja yang boleh mengganggu kelancaran program..


Pendaftaran boleh dibuat melalui pegawai ADNIN di talian berikut:

SDR U'MAR : 013-984 0474
SDR HAFIZA : 013-933 0474

Pendaftaran perlulah di buat sebelum tarikh program bagi mengelakkan sebarang kesulitan selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh program.

Klik di sini

untuk kembali ke laman Blog ADNIN